≡ Menu

Geran Agropreneur Muda 2020

Geran Agropreneur Muda 2020

Geran Agropreneur Muda 2020 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia untuk golongan belia bawah 40 tahun.

Pengenalan

Program ini khusus untuk golongan belia yang berumur diantara 18 hingga 40 tahun. Pendekatan program ini adalah bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan belia dalam bidang keusahawanan berasaskan aktiviti pertanian merangkumi semua aktiviti di dalam rangkaian nilai industri pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.

Geran Agropreneur Muda 2020 Main

Skop Program

Program Geran Agropreneur Muda 2020 dilaksanakan untuk golongan belia yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi aktiviti projek mengikut sub sektor seperti berikut :

  1. Tanaman.
  2. Ternakan.
  3. Perikanan.
  4. Industri Asas Tani.
  5. Agropelancongan.
  6. Pemasaran dan perkhidmatan sokongan industri.

Kategori Program

1. Projek Permulaan

  • Belum memulakan projek.
  • Telah menjalankan projek kurang dari tempoh setahun atau masih belum mencapai sasaran pengeluaran secara optimum.
  • Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi di bawah MOA.

2. Projek Pengembangan

  • Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi.
  • Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran.
  • Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi di bawah MOA.

Syarat Kelayakan

Syarat-syarat bagi melayakkan pemohon menyertai Program Geran Agropreneur Muda 2020 adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Golongan belia berumur di antara 18 hingga 40 tahun.
  • Boleh membaca, mengira & menulis.
  • Belia yang baru memulakan projek, WAJIB mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan atau diiktiraf oleh Jabatan/Agensi di bawah MOA yang berkaitan.
  • Belia yang baru memulakan projek dan memiliki Sijil / Diploma / Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MOA berkaitan perojek pertanian yang dicadangkan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikut program latihan teknikal; dan
  • Keutamaan kepada belia yang mempunyai kemudahan tanah dan premis sedia ada.
BACA:  Geran Agropreneur Muda 2019

Pemohon menggunakan borang UAM 01/14 (pin. 1/16) dan setiap pemohon layak mengemukakan satu (1) permohonan sahaja.

Jenis Bantuan

Bahagian 1 – Pengenalan

Jenis bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:-

1. Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif Program Pengembangan yang dilaksanakan oleh Jabatan/Agensi atau Syarikat Peneraju (dilantik MOA) berkaitan dengan projek yang dijalankan.

2. Sumbangan berbentuk barangan (In-kind contribution) mengikut jenis projek yang dicadangkan. Ini merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan supaya pelaksanaanya akan dapat memberikan impak yang lebih besar.

* HANYA LAYAK KEPADA PESERTA DI BAWAH KATEGORI PROJEK PERMULAAN

3. Pakej Khas Pembiayaan bagi pembesaran projek pertanian sediaada dengan had maksimum pembiayaan daripada agensi pembiaya seperti berikut :
Agrobank – RM 50,000 hingga RM 200,000 bagi setiap projek
TEKUN Nasional – sehingga RM 50,000 bagi setiap projek

* HANYA LAYAK KEPADA PESERTA DI BAWAH KATEGORI PROJEK PENGEMBANGAN

Mekanisma Pelaksanaan

Permohonan

Golongan belia yang layak perlu membuat permohonan di Pejabat Jabatan/Agensi Daerah di bawah MOA, MAFI (Negeri Sabah) dan MOARE (Negeri Sarawak) atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen berikut :

  1. Borang UAM 01/14 (pin. 1/16) beserta salinan kad pengenalan dan gambar berukuran pasport.
  2. Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap.
  3. Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Projek Pengembangan) atau
  4. Menyertakan sijil latihan/kursus berkaitan projek (bagi permohonan kategori Projek Permulaan).
BACA:  Kebaikan Cuka Kayu (Wood Vinegar) Untuk Tanaman

CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN PROJEK PERMULAAN

Carta Alir Proses Permohonan Geran Agropreneur Muda

CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN PROJEK PENGEMBANGAN

Carta Alir Proses Permohonan Projek Pengembangan (Pembiayaan)

Borang

Dokumen lengkap perlu dihantar ke jabatan/agensi MOA sebelum tarikh tutup permohonan mengikut fasa.

Tiga tarikh fasa permohonan dibuka iaitu Fasa 1 (1-31 Januari), Fasa 2 (1-31 Mei) dan Fasa 3 (1-30 September).

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi 03-88701234 atau e-mel ke uam.agropreneurmuda@gmail.com atau layari laman sesawang www.moa.gov.my.

FAQ PROGRAM AGROPRENEUR MUDA 2020

1) Adakah Permohonan Geran Agropreneur Muda masih dibuka?
Permohonan Geran Agropreneur Muda masih terbuka mengikut Fasa dan SOP yang telah ditetapkan.

Fasa 1: 1 – 31 Januari 2020
Fasa 2: 1 – 31 Mei 2020
Fasa 3: 1 – 30 September 2020

2) Bagaimanakah dokumen permohonan hendak di hantar?
Dokumen permohonan hendaklah di hantar dalam bentuk PDF.file melalui emel kepada pegawai jabatan/ agensi di peringkat daerah.

3) Adakah latihan/ kursus/ program galakan pasaran di dalam dan luar negara di bawah Program Agropreneur Muda diteruskan atau ditangguhkan buat masa ini?
Semua latihan, kursus dan aktiviti di bawah Program Agropreneur Muda adalah ditangguhkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

BACA:  Menara Aeroponik Spin Tower

4) Bolehkah saya ke Pejabat Unit Agropreneur Muda untuk menghantar 4 dokumen tuntutan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini?
Pihak Unit Agropreneur Muda (UAM) telah menyediakan ruang khas di luar pejabat untuk tuan/puan meletakkan sebarang dokumen. Walau bagaimana pun, tuan/puan digalakkan untuk menghantar dokumen–dokumen berkenaan melalui emel sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Tuan/ Puan juga dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap arahan semasa yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan.

5) Bagaimana pembayaran pembekalan barangan kepada peserta agropreneur muda?
Semua urusan pelantikan syarikat pembekal dan pembayaran akan dilaksanakan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berakhir dan tertakluk kepada arahan pihak pengurusan dari semasa ke semasa.

6) Adakah permohonan Geran Agropreneur Muda masih mengikut Fasa yang ditetapkan?
Tempoh permohonan Geran Agropreneur Muda adalah masih mengikut Fasa yang ditetapkan seperti berikut:

Fasa 1: 1 – 31 Januari 2020
Fasa 2: 1 – 31 Mei 2020
Fasa 3: 1 – 30 September 2020

7) Sekiranya pembekalan telah dilakukan, adakah pembayaran akan diproses mengikut tempoh seperti yang ditetapkan di dalam SOP atau ditangguhkan dahulu sebarang pembayaran?
Proses pembayaran pembekalan akan dilakukan setelah lantikan pembekalan dan semua dokumen pembayaran yang lengkap dikemukakan di dalam tempoh 45 hari. Pembayaran dari pihak Agrobank akan diproses dalam tempoh 14 hari selepas arahan pembayaran diterima oleh pihak Agrobank.

8) Sekiranya saya ada persoalan berhubung Program Agropreneur Muda ini, siapakah saya perlu rujuk?
Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai sebarang persoalan berhubung program ini, tuan/puan boleh menghubungi kami melalui:

Emel : uam.agropreneurmuda@gmail.com
Web : www.moa.gov.my
Facebook : https://www.facebook.com/AgroyouthMOA/
Twitter : @agroyouthmoa
Instagram : @agroyouthmoa