≡ Menu

Cuka Kayu (Wood Vinegar)

Cuka Kayu (Wood Vinegar)

Cuka Kayu (Wood Vinegar) berfungsi sebagai pengawal makhluk perosak, lumut dan rumpai. Ia juga bertindak sebagai baja asli, menggembur dan meneutralkan keasidan tanah. Cuka Kayu (Wood Vinegar) juga dapat membantu pertumbuhan tanaman. Ia juga dapat membunuh kuman serta menghilangkan bau busuk.

Cuka Kayu (Wood Vinegar) digunakan secara meluas untuk tanaman padi, sayur-sayuran dan ia sangat berkesan untuk mengelakkan serangan makhluk perosak terutamanya tikus dan lain-lain.

Cuka Kayu (Wood Vinegar) mempunyai lebih daripada 20 bahan semulajadi di dalam kandungan cuka kayu tersebut. Daripada lebih 20 bahan, terdapat juga 12 unsur-unsur lain di dalamnya dan 10 analisis lain yang terkandung di dalamnya untuk kesuburan tanaman dan lain-lain.

Mengikut kajian yang dilakukan di Jepun, cuka kayu asli mengandungi lebih daripada 200 bahan kimia berguna seperti asid asetik, formaldehyde, ethyl-valerate, methanol dan tar. Bahan-bahan ini mampu memberi kesan yang bagus kepada tanaman dan juga tanah.

Secara umum, cuka kayu dapat meningkatkan kualiti tanah, mengawal perosak dan menggalakkan pertumbuhan pokok. Walaupun begitu, jika terlebih dos cuka kayu boleh mendatangkan kesan toksik.

Satu kajian di Thailand, menunjukkan semburan cuka kayu pada dusun buah meningkatkan hasil dusun tersebut berbanding semburan tanpa cuka kayu.

Saintis di Thailand mendapati apabila cuka kayu disembur di atas tanah sekeliling tanaman, terdapat peningkatan bilangan mikrob baik dan merangsang pertumbuhan akar. Tambahan pula produk sampingan arang kayu ini mampu meningkatkan pertahanan pokok terhadap penyakit.

Cuka kayu selamat untuk digunakan dan tidak memberi kesan buruk kepada manusia.

Boleh dikatakan cuka kayu ibarat hormon baik yang akan diserap dalam daun, batang dan akar pokok. Ini seterusnya menjadikan tumbuhan lebih kuat, daun menghijau dan rintang (tahan serangan) pada perosak dan penyakit.

Cuka Kayu Wood Vinegar 25 Litre

MANFAAT CUKA KAYU (WOOD VINEGAR) UNTUK TANAMAN

  • Merangsang pertumbuhan & menguatkan akar, daun dan batang pada sayuran dan tanaman pokok.
  • Menyuburkan tanah & menghambat pertumbuhan hama penyakit tanaman.
  • Mempertingkatkan kualiti & kuantiti buah sehingga 70%.
  • Menambah jumlah mikrob yang berguna bagi tanah dan tanaman.
  • Meneutralkan PH tanah.
  • Menambah jangkahayat batas tanaman, memanjangkan tempoh kesegaran sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan, menambah kemanisan buah-buahan dan tebu.
  • Ia juga dapat digunakan untuk menghilangkan bau pada bahan buangan ladang & dapat mengurangkan pengaruh bahan kimia pada hasil pertanian sehingga 50%.
  • Mengurangkan masa kukusan bongkah cendawan, menghindar masalah kulat hijau, oren dan hitam dalam industri cendawan.
  • Sebagai bahan tambahan makanan ternakan – menambah kualiti dan kemanisan daging ternakan & ikan, menambah nutrien telor.
Cuka Kayu Wood Vinegar Cuka Kayu Shopee Cuka Kayu Wood Vinegar IBC Tank

WNR Agro PLT ada membekalkan Cuka Kayu yang bermutu tinggi dengan harga yang berpatutan. Anda boleh dapatkan Cuka Kayu di kedai kami di Seksyen 27, Shah Alam. Untuk pembelian borong boleh hubungi kami di bawah.

Nisbah bancuhan Cuka Kayu (CK) & Air

Jika guna tong spray:
1 liter air : 2 ml CK
16 liter air: 2 × 16 ml = 32 ml CK
20 liter air: 2 × 20 ml = 40 ml CK

Gunakan dosage yang rendah & naikan secara berkala:
1 ml CK: 1 liter air (pokok kecil /permulaan penggunaan)
2 ml CK: 1 liter air
3 ml CK: 1 liter air
4 ml CK: 1 liter air
5 ml CK: 1 liter air (untuk daun-daun yang matang/rawatan/buah-buah yang sudah besar)

FAQ CUKA KAYU (WOOD VINEGAR)

1. Apa itu Cuka Kayu (Wood Vinegar)?
Cuka Kayu (Wood Vinegar) adalah produk sampingan yang terhasil daripada pembakaran kayu tanpa udara bagi menghasilkan arang. Cuka Kayu berfungsi sebagai pengawal makhluk perosak, lumut dan rumpai. Ia juga bertindak sebagai baja asli, menggembur dan meneutralkan keasidan tanah. Cuka Kayu  juga dapat membantu pertumbuhan tanaman. Ia juga dapat membunuh kuman serta menghilangkan bau busuk.

2. Berapa liter perlu disembur untuk satu pokok?
Siram seperti siram air biasa sahaja asalkan mencukupi dan tidak terlalu sikit. 1 pokok: 300ml – 2 liter. Bergantung kepada saiz pokok.

3. Bahagian pokok mana perlu disembur?
Sembur pada daun-daun dan di kawasan akar atau pangkal pokok.

4. Bolehkan Cuka Kayu dicampurkan dengan Superbacti (e.m)?
Tidak digalakkan. Untuk memastikan keberkesanan yang tinggi untuk tanaman. Cuka kayu bahan organik yang bersifat asidik. Manakala Superbacti adalah mikrob baik.

5. Bolehkah Cuka Kayu dicampur dengan racun serangga & kulat?
Cuka kayu boleh dicampur dengan racun serangga & kulat.

Cuka Kayu Shopee
Open chat
Need help?
Hi, can i help you?
Powered by