≡ Menu

Cara Pemangkasan Pokok Durian

Cara Pemangkasan Pokok Durian

Pemangkasan pokok durian dilakukan di peringkat awal pertumbuhan bagi mendapatkan bentuk pokok durian yang mempunyai batang utama yang tegak dan dahan-dahan primer yang bersudut mendatar. Kerja pemangkasan pokok durian bermula selepas 6 bulan ditanam di ladang.

Pemangkasan pokok durian matang selalunya dibuat selepas musim buah dengan membuang tunas-tunas air yang tidak produktif, dahan-dahan yang patah, layu, berpenyakit disamping memberikan pengudaraan yang baik serta membolehkan pancaran matahari menembusi kanopi.

Jenis pemangkasan yang biasa diamalkan adalah:

  1.  Pemangkasan pembentukan batang utama di awal pertumbuhan.
  2.  Pemangkasan penjagaan seperti membuang tunas-tunas air yang tidak produtif, mati dan berpenyakit.Mengurangkan penggunaan racun kimia.
BACA:  Cara Semai Biji Durian Dengan Betul

Tujuan pemangkasan ialah:

  • Membentuk dan mengawal pembentukan pokok.
  • Membuang tunas air yang tidak produktif, reput, berpenyakit dan mati.
  • Memberikan ruang pengudaraan yang baik pada pokok.
  • Mengalakkan pengeluaran buah yang banyak, berkualiti dan baik.
Cara Pemangkasan Pokok Durian 1 Cara Pemangkasan Pokok Durian 2

Sumber: Durian Monthong Tani
Gambar: Tips Petani

BACAAN SETERUSNYA

Cara Semai Biji Durian Dengan Betul Buah durian merupakan salah satu tanaman yang boleh tumbuh dengan baik di kawasan yang beriklim tropika, kebanyakan jenis tanaman buah ini banyak ...
Cara Tanam Pokok Durian Dari Kajian Universiti Put... Gambar: Utusan Online 1. PENDAHULUAN - CARA TANAM POKOK DURIAN Nama biasa: Durian Nama Saintifik: Durio zibethinus Murr Keluarga: Bombacac...
Cara Tanam Pokok Durian Musang King Gambar: Urban Catalogue Pengenalan Nama Biasa: Durian Nama Saintifik: Durio zibethinus Murr Keluarga: Bombaceae Asal: Durian adalah di...