≡ Menu

Benih Kunyit Hitam (Black Ginger)

Kunyit Hitam (Curcuma caesia) merupakan sejenis pokok herba kunyit daripada keluarga Zingiberaceae yang jarang kita jumpa.

Kehebatan kunyit hitam ini kerana ia banyak digunakan dalam perubatan dimana didakwa terdapat 30 komponen atau kandungan penting didalamnya iaitu pati minyak (97.5%) dan komponen lain seperti Camphor (28.3%), Ocemene (8.2%), ar-tumerone (12.5%), ar-cucurmene (6.8%) dan banyak lagi.

Walau pun kita di Malaysia agak kurang menanam dan mengenali kunyit jenis ini tetapi ramai orang yang memang mencari benihnya untuk ditanam bagi tujuan perubatan.