Rumah Semaian
Terdapat dua jenis kaedah semaian yang digunakan di dunia ini. Yang pertamanya, menggunakan kaedah semaian seedling beds dan keduanya menggunakan bekas atau container.
Kaedah semaian seedling beds ini merupakan kaedah semaian di atas batas semaian yang panjang dengan menggunakan campuran tanah semaian. Selepas anak benih cukup matang, anak benih dipindahkan daripada batas semaian ke batas tanaman. Kaedah ini jarang boleh jumpa di Malaysia. Kelemahan utama teknik ini adalah sukar untuk kita pastikan anak benih kita betul – betul bebas daripada penyakit serta sukar kita mengawal serangan serangga perosak dan penyakit di atas batas semaian.
Kaedah semaian menggunakan bekas atau container ini adalah kaedah menyemai di dalam bekas seperti tray semaian. Ini kaedah semaian yang biasa digunakan oleh pengusaha / petani di Malaysia. Ini kerana mudah untuk pengurusan. Sekarang ini pun, pengusaha tanaman jagung pun dah gunakan kaedah semaian dalam tray untuk berhektar – hektar tanaman jagung mereka. Ini supaya tanaman jagung mereka seragam.
Berbalik kepada cerita rumah semaian. Bahan binaan rumah yang boleh digunakan adalah terdiri daripada kayu – kayan, buluh, besi, besi G.I. Ketinggian rumah yang sesuai bagi pengudaraan secara semulajadi adalah 8 kaki. Lebar dan panjang adalah bergantung pada tuan punya rumah semaian. Atap rumah semaian mesti lutsinar. Bahan bagi atap yang paling mudah bagi rumah semaian adalah terdiri daripada polyethelene UV plastik ber-UV dengan ketebalan 0.18 mm. Manakala Dinding rumah semaian pula terdiri daripada jaring kalis serangga dengan 24 mesh atau 32 mesh.
Kenapa kita menggunakan atap lutsinar untuk rumah semaian? Ini kerana anak benih cili memerlukan cahaya bagi pembesaran yang sempurn dan seragam. Jika kita perhatikan, rumah semaian yang menggunakan atap yang gelap, anak benihnya biasanya akan bengkok ke tepi. Ini kerana adalah sifat tumbuhan yang mencarikan ataupun photo sensitive. Rumah yang menggunakan atap lutsinar biasanya lebih seragam pertumbuhannya.
Penggunaan jaring kalis serangga untuk rumah semaian pula adalah untuk meminimakan serangga seranga perosak seperti lalat putih. Kita harus ingat 80% kegagalan projek pertanian adalah disebabakan anak benih yang tidak sihat.
Tray semaian pula perlulah diletakkan diatas para / meja bagi menggelakkan serangga perosak. Para bagi meletakkan tray semaian perlu level. Para yang dibina tidak boleh bertingkat. Ini kerana cahaya yang diterima oleh anak benih dalam tray semaian menjadi tidak seragam di dalam rumah semaian. Anak benih di para atas mendapat cahaya yang mencukupi manakala anak benih di tingkat dua akan bengkok ke tepi bagi mencari cahaya.
Kami di WNR Agro PLT ada membekalkan Rumah Semaian DIY. Anda boleh pasang sendiri dengan mudah dengan mengikut manual cara pemasangan yang kami bekalkan. Berikut adalah size dan spesifikasi.
Spec A: 9.8ft (L) x 6.5ft (W) x 8.2ft (H)
Spec B: 20ft (L) x 11.5ft (W) x 8.2ft (H)
Frame Material: steel tube; galvanised for surface;
Dia.: 25mm / thickness:0.7mm
Cover Material: PE mesh fabric 140g/m2
UV protected
Roll-up windows with screens
Connector: steel screw
Similar products:
Sumber: myagri