
Gambar: Utusan Online
Durian, dikenali secara meluas sebagai “raja buah”, merupakan antara buah tropika yang paling digemari di Malaysia serta negara-negara Asia Tenggara. Disebabkan potensinya yang besar, semakin ramai ingin mempelajari cara tanam pokok durian yang betul untuk memastikan hasil yang berkualiti, tahan penyakit, dan bernilai tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa.
Dengan nilai komersial yang semakin meningkat, minat terhadap penanaman durian semakin berkembang, terutamanya dalam kalangan petani moden dan pengusaha muda. Pengetahuan mengenai kaedah penanaman yang tepat bukan sahaja membantu meningkatkan produktiviti ladang, malah menjamin hasil yang konsisten dan menguntungkan dalam jangka masa panjang.
1. Asal Usul & Pengenalan Durian
Nama saintifik durian ialah Durio zibethinus dari keluarga Malvaceae. Perkataan “Durio” berasal daripada nama tempatan durian, manakala “zibethinus” merujuk kepada bau kuat yang dikaitkan dengan haiwan zibetto.
Durian dipercayai berasal dari Kepulauan Borneo dan telah tersebar luas ke Semenanjung Malaysia. Dahulu, durian tumbuh liar dan dikutip oleh orang asli, kini ia ditanam secara komersial di ladang-ladang moden.
2. Ciri Botani Pokok Durian
- Pokok: Tinggi antara 20 – 45 m. Pokok cantuman biasanya bawah 20 m.
- Daun: Ringkas, berwarna hijau tua di atas dan keperakan di bawah.
- Bunga: Berbau susu masam, keluar di celah ketiak daun.
- Buah: Berbentuk bulat/oval dan berduri tajam. Isi berwarna mengikut klon.

Gambar: D’laman Hijau Nursery
3. Keperluan Iklim & Tanah
Iklim: Suhu 17°C–32°C, hujan 1700–4060 mm setahun. Musim kemarau pendek diperlukan untuk bunga.
Tanah: Lom liat berpasir dengan saliran baik. pH antara 6 hingga 7. Elak kawasan bertakung dan cerun melebihi 18°.
4. Jenis Klon Durian Disyorkan
Antara klon yang disyorkan:
- D24
- D99
- D123
- D145
- D197 (Musang King)
- D198 (Golden Phoenix)
- D160 (Musang Queen)
Pendebungaan kacuk sangat penting kerana pokok durian tidak serasi sesama sendiri.
5. Cara Tanam Pokok Durian
5.1 Bahan Tanaman
Gunakan anak pokok cantuman dalam polibeg (APM) setinggi 1–1.5 m. Boleh juga tanam biji terus dan lakukan cantuman di ladang.
5.2 Jarak Tanaman
- 10 x 10 m = 100 pokok/ha
- 12 x 12 m = 69 pokok/ha
- Gunakan sistem kontur di kawasan cerun
5.3 Prosedur Penanaman
- Gali lubang 0.6 m x 0.6 m x 0.6 m
- Biarkan 2–4 minggu
- Masukkan 5–10 kg bahan organik + 200 g CIRP
- Tanam anak pokok di tengah dan padatkan

Gambar: New Malaysian Post
6. Penjagaan Pokok Durian
6.1 Pengairan
Gunakan sistem pengairan titisan atau mikro. Penting semasa musim kemarau untuk varieti sensitif seperti D24.
6.2 Pembajaan
Gunakan baja NPK mengikut umur pokok, ditambah dengan baja foliar atau fishmeal jika perlu.
6.3 Kawalan Rumpai
- Manual di awal pertumbuhan (tahun 1)
- Rumput dipotong setiap bulan (pokok matang)
- Gunakan weedmat jika bajet mencukupi
6.4 Pemangkasan
- Bentuk batang utama & dahan primer
- Buang tunas air, dahan mati, berpenyakit
- Galakkan cahaya & pengudaraan ke dalam kanopi
6.5 Kawalan Penyakit & Perosak
Lakukan pemantauan berkala terhadap:
- Penyakit: Akar reput, antraknos, bakteria hawar batang
- Perosak: Ulat pengorek, lalat buah, kutu daun
7. Hasil & Musim Berbuah
Anak cantuman: Berbuah selepas 4–6 tahun
Pokok biji: Berbuah selepas 7–10 tahun
Penghasilan:
- Awal: 10–60 biji sepokok
- Matang (10–20 tahun): 100–200 biji sepokok
Musim Berbuah Mengikut Kawasan:
- Utara: April – Julai
- Selatan: Jun – September
- Tambahan: November – Januari
8. Penuaian & Penyimpanan
Penuaian
Biarkan buah luruh sendiri atau dipetik bila matang. Untuk eksport, petik awal & simpan dengan kaedah khas.
Penyimpanan
- Suhu bilik (28\u00b0C): Tahan 1–4 hari
- Suhu sejuk (5–10\u00b0C): Tahan 2–4 minggu
Dengan panduan cara tanam pokok durian ini, anda kini bersedia untuk memulakan penanaman durian secara sistematik dan profesional. Usahakan dengan konsisten, hasilnya pasti membuahkan keuntungan jangka panjang.
FAQ Cara Tanam Pokok Durian
1. Apakah jenis tanah sesuai untuk menanam pokok durian?
Pokok durian boleh tumbuh diatas pelbagai jenis tanah dan tanah lom liat berpasir yang mempunyai saliran yang baik didapati sangat sesuai untuk pentumbuhan dan penghasilan buah yang berkualiti.
2. Adakah pendebungaan kacuk penting bagi menanam pokok durian?
Pendebungaan kacuk adalah penting bagi memastikan pengeluaran buah kerana durian umumnya bersifat tidak serasi sesama sendiri. Kombinasi klon yang sesuai boleh dilakukan berdasarkan klon durian yang dikenalpasti.
3. Berapakah jenis klon pokok durian yang terdapat di Malaysia?
Jabatan Pertanian telah mendaftar lebih daripada 190 klon durian sejak 1934. Sehingga kini hanya 7 klon sahaja yang disyorkan untuk penanaman secara komersial di semenanjung Malaysia. Diantara klon-klon yang disyorkan adalah D24, D99, D123, D145, D158, D159, D160 (Durian Musang Queen), D197 (Durian Musang King / Raja Kunyit / Mao Shan Wang), D198 (Durian Kim Hong / Golden Phoenix) dan D169.
4. Berapakah jarak yang sesuai untuk tanaman pokok durian?
Sistem penanaman yang lazimnya digunakan ialah sistem empat segi tepat iaitu 10 X 10 m (100 pokok/ha) atau 12 X 12m ( 69 pokok/ha). Menanam secara kontur pada jarak 10 m digunakan bagi kawasan curam.
6. RUJUKAN – CARA TANAM POKOK DURIAN
i. Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia (2004). Pakej Teknologi Durian.
ii. http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm