≡ Menu

Cara Tanam Pisang Berangan

Cara Tanam Pisang Berangan

Maklumat tentang cara tanam pisang berangan ini diperolehi daripada pengurus ladang pisang yang menjaga ladang pisang berangan seluas 65 ekar di Johor.

Berikut adalah cara tanam pisang berangan:

1. Setiap pokok pisang berangan hanya dikekalkan dengan 8 daun sahaja.

2. Untuk pisang berangan, buah hanya dikekalkan 10-12 sikat sahaja, selebihnya dibuang bersama jantung. Ini penting untuk menghasilkan buah yang besar dan berat yang maksimum.

3. Setiap tandan pisang berangan perlu dibungkus dengan menggunakan kertas daripada jenis kertas simen atau kertas pembungkus dedak ayam. Gunakan staple dan ditutup rapat sehingga hujung pisang.

4. Apabila jantung keluar bilangan daun hanya dikekalkan 6 helai sahaja.

5. Anak pisang pertama hanya dibela apabila jantung pisang sudah keluar sahaja untuk mendapatkan pokok ibu yang benar-benar subur.

BACA:  Mikro Organisma Lokal (MOL); Cara Membuat & Menggunakannya

6. Setelah jantung pisang dipotong, daun hanya dikekalkan 4 helai sahaja.

7. Apabila jantung telah keluar, berhentikan pembajaan kepada pokok bagi mengelakkan buah pisang yang mengkal atau keras dan kualiti pisang jatuh.

8. Pembajaan :

  • Mula menanam – letakkan baja penggalak akar dalam lubang sebelum menanam.
  • Setelah umur 3 bulan tabur baja subur 15:15:15.
  • Setelah umur 6-7 bulan tabur baja buah 12:12:17:2.
  • Kadar baja hanya segenggam atau 250gram setiap pokok.

9. Merumput : Gunakan baja sentuh ICI atau BASTA. JANGAN gunakan racun serap. Pokok tidak perlu ditajak untuk merumput memadai hanya meracun sahaja. Tanah juga tidak perlu digemburkan dikeliling pokok untuk elakkan pokok tumbang. Untuk meracun bancuhan adalah 70ml bagi 18 liter air. Pasikan bancuhan dikacau hingga sebati sebelum digunakan bagi mendapatkan kesan yang maksimum.

BACA:  Cendawan Tiram Kelabu: Asas Penanaman Cendawan

10. Penyakit : Jika daun pisang berkarat kuning atau batang pisang berbintik-bintik hitam dan berlendir akibat serangan kulat sembur dengan bancuhan kapur seluruh pokok hingga pokok menjadi putih.

11. Memetik Buah. Buah boleh dipetik apabila 2-3 daun telah layu atau kering.

Pisang dan Kesihatan

Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu:

  1. Darah tinggi dan strok – pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  2. Kolestrol – pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
  3. Cirit-birit – potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  4. Anaemia – anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  5. Kemurungan – orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  6. Pening-pening – cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.
BACA:  Cara Membuat Silaj Yang Betul dan Lengkap

Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)

Sumber: Pertanian Satu Perniagaan & Wikipedia
Gambar: thaitravelblogs.com