≡ Menu

Simple Plant Booster Untuk Pokok Cili

Simple Plant Booster Untuk Pokok Cili

Plant Booster Untuk Pokok Cili

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Simple Plant Booster untuk pokok cili:

  1. Beras (guna beras murah, lagi bagus) – 3 cawan
  2. Ragi (tapai) – 1 ketul dihancurkan
  3. Gula merah (molasses) – 500 grams
  4. Air tanpa klorin – 4.5 liter

Campurkan kesemua bahan-bahan di atas di dalam satu bekas/botol dan perap selama 7 hari. Buka sedikit penutup bekas/botol agar gas boleh keluar.

BACA:  Fertigasi Cili: Penanaman Cili Menggunakan Sistem Fertigasi Terbuka

Selepas 7 hari, boleh digunakan untuk siraman pada pokok cili dengan pencairan 1:1 dengan air tanpa klorin. Siram seminggu sekali.

Siraman pada pokok berbatang keras/kasar juga boleh dibuat tanpa pancairan.

Setelah habis, beras tersebut boleh lagi direndamkan dengan air tanpa klorin untuk disiram pada pokok cili. Beras tersebut boleh dikomposkan pada pokok.