≡ Menu

Cendawan Tiram Kelabu: Asas Penanaman Cendawan

Cendawan Tiram Kelabu: Projek Tanaman Cendawan

Cendawan Tiram KelabuAssalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Saya belum lagi menjadi pakar penanaman cendawan tiram kelabu ini tetapi sekadar ingin berkongsi pengalaman saya yang tak seberapa ini dan berharap otai2 cendawan di dalam group ini boleh sama2 memberi dan menambah pendapat mereka di sini.

1. Kos Penanaman Cendawan Tiram Kelabu

Antara kos yg terlibat ialah:

  • Kos membuat atau membeli bongkah
  • Kos membuat atau membeli rak kayu/besi
  • Kos rumah cendawan jika dibuat di luar
  • Kos sistem mister /semburan air halus untuk mengekalkan kelembapan di dalam rumah cendawan.
  • Kos netting hitam
  • Kos pekerja jika menjalankan projek cendawan yang besar

Projek Cendawan Tiram Kelabu

2. Risiko Yang Mungkin Ada Untuk Cendawan Tiram Kelabu

  • Benih tidak berkualiti yg menyebabkan hasil tidak seperti yang dijangkakan.
  • Serangan penyakit
  • Serangan serangga/binatang seperti semut,tikus dsbnya.
  • Kecurian kerana harga cendawan tiram kelabu yang tinggi.
  • Cuaca panas yang melampau

3. Hasil dan Tuaian Cendawan Tiram Kelabu

  • i. Secara amnya selepas tutup bongkah dibuka, cendawan tiram kelabu akan keluar melalui tutup terbuka itu dalam 4-7 hari.
  • ii. Selepas dituai, bongkah perlu dikorek untuk mengeluarkan akar2 cendawan tiram kelabu yang tidak dikeluarkan dengan sempurna.Untuk mengorek,anda perlu menggunakan sudu yang telah dinyah kuman samaada dengan membakar sudu atau sudu telah direndam didalam campuran air dan klorox ( satu penutup clorox dicampur dgn 1.5liter air)
  • Selepas hasil dituai, bongkah perlu ditutup selama sekitar 7 hari untuk merehatkan bongkah.
    Nota – Ada juga pengusaha yg tidak menutup semula bongkah dan membiarkan bongkah terbuka.Kelebihan menutup bongkah ialah anda boleh mengawal pengeluaran cendawan tiram kelabu dan masa penuaian.Saya tidak ada data untuk menyokong teknik yg mana satu lebih baik. Anda boleh mencuba kedua2 teknik serentak dan merasai sendiri teknik mana yg sesuai untuk strategi pengeluaran anda.
  • Selepas 7 hari ditutup,bongkah dibuka semula untuk kitaran dan tuaian kedua.
  • Secara amnya,bongkah boleh menghasilkan cendawan tiram kelabu selama 3 bulan iaitu dengan 6 kitaran atau tuaian. Jika lebih daripada 3 bulan, itu rezeki anda.
  •  Untuk kitaran dan tuaian pertama,cuma sekitar 50% akan menghasilkan cendawan tertakluk kpd kualiti benih dan cuaca.
BACA:  Fertigasi: Cara Mudah Mengawal Rumpai

4. Hasil Cendawan Tiram Kelabu

  • Secara amnya, satu bongkah akan menghasilkan purata 180g dalam 3 bulan itu.
  • 180g dalam 6 tuaian bermaksud purata 30g setiap bongkah setiap tuaian.
  • Harga pasaran dan jualan bergantung kepada tempat anda tinggal. Di SEGI Tg Malim pada Nov 2017, sepaket 200g cendawan tiram kelabu dijual pada RM3.50 atau RM17.50/kg. Di pasaraya di Terengganu ada yg dijual pada harga RM20/kg!.
  • Untuk tujuan perancangan,saya cadangkan anda letak harga jualan runcit pada RM15 untuk harga jualan kepada jiran2,kawan2 dan jualan terus ke kedai2 makanan dsbnya.
  • Jika anda membuat projek cendawan pada skala besar. Anda perlu jual pada pemborong pada harga yang lebih rendah sekitar RM10/kg.
BACA:  Rumah Semaian DIY Murah
Projek Tanaman Cendawan

5. Pemasaran Cendawan Tiram Kelabu

Untuk yang membuat dalam skala kecil,anda boleh pasarkan sendiri cendawan anda secara timbang kilo atau anda jual dalam paket seberat 200g.Untuk yg buat 1000 bongkah,anda boleh dapat purata 30kg setiap dua minggu.Kelebihan kita yang buat sendiri ini ialah cendawan masih segar dan rasanya lebih sedap daripada yang dijual di kedai2 dan pasaraya.

Boleh untung tak tanam cendawan tiram kelabu?

Jika anda mulakan pada skala 1,000 bongkah dengan andaian harga bongkah RM1.50, harga jualan RM15/kg dan hasil 180 gram sebongkah dan 3 rak besi pada harga RM250 satu.

BACA:  Cara Semai Biji Durian Dengan Betul

Dengan andaian tiada kos pekerja dan tiada sistem mister dan tiada kos rumah cendawan.

1. Kos bongkah – RM1,500
2. Aset tetap rak besi – RM750
Satu rak besi dengan 5 para dan satu para dlm 70 bongkah yang disusun dlm 4tingkat.
3. Bil air – RM10 (anggaran)
4. Net hitam RM100 segulung
5. Hasil jualan 180g untuk 1,000 bongkah
180g x RM15 x 1,000 = RM2,700
Kos awal + kos selama 3 bulan = RM2,360
Untung kasar = RM340.

Untung kasar ini adalah termasuk kos barangan yang anda boleh guna untuk penanaman akan datang seperti rak dan netting.

Kos tidak termasuk lain2 kos yang mungkin terlibat seperti kos sewa tanah(jika tiada tanah sendiri), kos buruh (jika tiada masa sebab untuk 1,000 bongkah kita boleh buat sendiri), kos mister dsbnya.

Saya pohon maaf jika ada kekurangan dan kesilapan. Saya sekadar menulis kerana setelah saya googled,tak banyak sangat maklumat untuk orang2 yang seperti saya yang baru nak bermula dengan cendawan tiram kelabu ini.

Cikgu Yusoff