≡ Menu

Cara Pemangkasan Pokok Durian

Cara Pemangkasan Pokok Durian

Pemangkasan pokok durian dilakukan di peringkat awal pertumbuhan bagi mendapatkan bentuk pokok durian yang mempunyai batang utama yang tegak dan dahan-dahan primer yang bersudut mendatar. Kerja pemangkasan pokok durian bermula selepas 6 bulan ditanam di ladang.

Pemangkasan pokok durian matang selalunya dibuat selepas musim buah dengan membuang tunas-tunas air yang tidak produktif, dahan-dahan yang patah, layu, berpenyakit disamping memberikan pengudaraan yang baik serta membolehkan pancaran matahari menembusi kanopi.

Jenis pemangkasan yang biasa diamalkan adalah:

  1.  Pemangkasan pembentukan batang utama di awal pertumbuhan.
  2.  Pemangkasan penjagaan seperti membuang tunas-tunas air yang tidak produtif, mati dan berpenyakit.Mengurangkan penggunaan racun kimia.
BACA:  Cara Membuat EM (Effective Microorganism) / Lactobacillus Serum / Lacto Serum

Tujuan pemangkasan ialah:

  • Membentuk dan mengawal pembentukan pokok.
  • Membuang tunas air yang tidak produktif, reput, berpenyakit dan mati.
  • Memberikan ruang pengudaraan yang baik pada pokok.
  • Mengalakkan pengeluaran buah yang banyak, berkualiti dan baik.
Cara Pemangkasan Pokok Durian 1 Cara Pemangkasan Pokok Durian 2

Sumber: Durian Monthong Tani
Gambar: Tips Petani

Open chat
Need help?
Hi, can i help you?
Powered by