≡ Menu

Tanam Nanas MD2 Dapat RM164,000 Untuk 1 Ekar!

Nanas MD2

Mungkin ada yang berkata, betul ke tanam nanas MD2 satu ekar boleh dapat potensi pendapatan kasar sehingga RM164 Ribu. Tipulah, mesti sembang je lebih mamat ni.

Dulu saya pun sama, tak percaya juga dengan angka diatas. Ianya berubah 360 darjah setelah saya bertemu dan berguru dengan sifu saya. Beliau ada ladang nanas MD2 lebih 100 ekar di Kedah.

Seorang yang tidak lokek ilmu dan sangat low profile. Bercakap dalam loghat Kedah yang agak pekat dengan tutur kata yang sangat lembah lembut. Mudah dibawa untuk berbincang dan sangat suka kepada perkongsian ilmu.

Beliau pesan dekat saya, tanam nanas MD2 ni tidak la susah sangat, dengan syarat kita buat betul–betul. Paling penting mesti ikut prinsip ABC + 6M. InsyaAllah kita usaha, Allah akan beri kejayaan diatas pengorbanan yang kita lakukan.

Jika tak untung dan tiada potensi, takkan Naza Plantation pun buat projek nanas MD2 juga. Tahu kan Syarikat NAZA, tanya beliau kepada saya.

Tahu jawab saya sambil angguk kepala mengiyakan pertanyaan beliau tadi.

Okey.

Ini ilmu dan pengalaman yang saya dapat dari jutawan nanas.

BACA:  Cara Membuat Silaj Yang Betul dan Lengkap

1 ekar = 43,560 kaki persegi.

Andaikan batas kita sepanjang 25 kaki, lebar batas pula 2 kaki dan jarak antara batas 3 kaki.

Maka:

(25’ + 2’) x (2’ + 3’)

= 27’ x 5’

= 135 kaki persegi (luas kuadrat batas = luas kawasan yang akan bertanam termasuk lorong).

Jadi, satu ekar tanah akan dapat 322 batas. Macam mana dapat 322 batas?

43,560 kaki persegi /135 kaki persegi

= 322 batas.

Kita akan dapat 322 batas jika 100% tanah kita digunakan untuk bertanam. Biasanya bagi keluasan 1 ekar dan kurang, kadar penggunaan kawasan untuk tanaman adalah 100%.

Berapa pokok 1 ekar ?

Dengan jarak 1.5’ antara baris dan 1’ antara pokok, satu batas kita dapat tanam 2 baris dan satu baris ada 24 pokok.

Maka:

24 pokok x 2 baris x 322 batas

= 15,456 pokok.

Biasanya pokok nanas boleh dibuat aruhan pada umur 12 bulan. Ladang sifu saya, umur 7 bulan dah buat aruhan.

Kenapa perlu buat aruhan?

Aruhan ni penting sebab kita nak bagi pokok nanas kita tu berbunga dan berbuah secara serentak atau kita nak jadualkan bila patut ianya berbuah. Senang cerita, pokok nanas ni kita boleh atur bila nak bagi ia berbuah. Menarik kan!

BACA:  Cara Tanam Pokok Durian Musang King

Bila berbuah serentak @ berjadual , masak pun serentak dan semestinya akan ikut jadual. Senang la kita nak buat pemasaran nanti, jadi lambakan buah pun dapat diatasi. Bila tiada lambakan, harga pun cantik.

Okey, kita tanam 15,456 pokok kan. Katakanlan 85% daripada pokok tersebut hidup dan berbuah serta boleh jual.

Maka:

15,456 pokok x 0.85

= 13, 137 biji buah.

Biasanya berat sebiji buah antara 1.5 – 2.5 kg. Jika kita dapat jual sebiji nanas MD2 dengan harga RM5.

Maka:

13,137 biji x RM5

= RM65,685.00.

Lepas harvest buah tu, pokok induknya jangan terus dimusnahkan ye. Kenapa?

Sebabnya, pokok induk tu boleh hasilkan benih pula. Biasanya satu pokok boleh hasilkan 5 – 10 sulur bergantung kepada keadaan pokok dan pengurusan kita nanti.

Tanam Nanas MD2

Okey, kita ambil paling sikit la. Satu pokok boleh hasilkan 5 sulur.
13,137 pokok x 5 sulur

= 65,685 sulur.

Sekarang ni, permintaan anak nanas MD2 melebihi penawaran. Harganya pun boleh tahan, RM1.50 – RM2.50 satu sulur.

Dengan harga RM1.50 satu sulur, kita akan dapat hasil jualan sulur nanas sebanyak :
65,685 sulur x RM 1.50

BACA:  Cara Tanam Pokok Durian Dari Kajian Universiti Putra Malaysia (UPM)

= RM98,527.50.

Mana untung? Jual buah ke jual benih?

Sulur Nanas MD2

Okey, saya buat sedikit kesimpulan potensi tanaman nanas MD2 ye.

Satu ekar boleh tanam 15,456 pokok.

Satu ekar boleh dapat 13,137 biji buah.

Satu ekar boleh dapat RM65,685.00 hasil jualan buah.

Satu ekar dapat 65, 685 sulur anak nanas.

Satu ekar boleh dapat RM98,527.50 hasil jualan anak nenas.

Satu ekar boleh dapat RM164,212.50 hasil keseluruhan daripada tanaman nanas MD2.

Semua angka diatas adalah hasil potensi dan pendapatan kasar ye. Ianya mungkin boleh kita capai dan juga sebaliknya.

Sifu saya cakap, beliau boleh dapat untung bersih antara RM15 Ribu – RM20 ribu 1 ekar bagi jualan buah dan RM30 Ribu – RM35 Ribu untuk jualan anak benih.

Walaupun tanam nanas ni lambat untuk dapat hasil dan buahnya hanya satu biji satu pokok, saya rasa sahabat dah boleh jawab samada tanam nanas MD2 ini berbaloi ataupun tidak.

Sumber: Sahabat Kebun Anda
Gambar: labuantimes.com, hmetro.com.my & suaraperak.com