≡ Menu

Petua Pokok Cili Sihat dan Tahan Penyakit

Petua Pokok Cili Sihat dan Tahan Penyakit

Petua Pokok Cili Sihat dan Tahan Penyakit – Pokok cili antara pokok yang sukar untuk ditanam. Bermula ketika proses semaian sehinggalah kepada menuai. Kalau nasib baik, mungkin dapat rasa hasil tanaman sendiri. Kalau tidak gigit jari, nak tak nak kenalah beli di pasar sahaja.

Bagi yang ingin menanam sendiri Cili, jom cuba petua yang dikongsikan oleh Izham Alias menerusi Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.

Pokok cili adalah antara pokok yang saya kategorikan dalam pokok yang sukar dijaga. Masa percambahan yang lama iaitu 7-14 hari, penjagaan yang rapi, dan mudah diserang penyakit.

Oleh itu pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok. Di sini saya kongsikan cara mudah agar pokok cili kita sentiasa kuat menahan serangan serangga dan penyakit.

Bahan:

  • Belacan – 100g
  • Molasses / gula merah – 100g
  • Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL

Cara buat:

  1. Rendam belacan di dalam bekas berisi air 500 mL. Kacau sehingga larut.
  2. Kemudian masukkan gula merah / molases. Kacau sehingga sebati.
  3. Tutup dengan kain kasa bekas tersebut.
  4. Peram selama sebulan.
  5. Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.

Cara guna:

  1. 10 mL pati + 2 L air biasa
  2. Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali
  3. Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi.

Sumber: Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri

BACAAN SETERUSNYA

Fertigasi Misai Kucing: Teknologi Penanaman Misai ... Fertigasi Misai Kucing: Pengenalan Misai kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon stamineus merupakan herba berdaun yang popular di Malaysia. ...
Fertigasi: Cara Mudah Mengawal Rumpai Konsep asas kawalan rumpai untuk tanaman fertigasi adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum ia men...
Fertigasi Kucai: Teknologi Penanaman Kucai Secara ... Fertigasi Kucai – Pengenalan Kucai atau Allium tuberosum merupakan sejenis tanaman yang tergolong dalam keluarga Alliaceae yang sesuai ditanam ...
Fertigasi Cili: Penanaman Cili Menggunakan Sistem ... Fertigasi Cili - Pengenalan Teknologi fertigasi merupakan teknik penanaman yang telah terbukti memberi kesan yang baik pada tanaman sayuran dan...
Fertigasi Halia: Teknologi Penanaman Halia Secara ... FERTIGASI HALIA: PENGENALAN Halia (Zingiber officinale Roscoe) ialah tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan dan komersial yang tinggi dan meng...