≡ Menu

FERTIGASI TERUNG: PENGENALAN

Pengeluaran hasil buah cili, melon wangi dan tomato telah meningkat sebanyak 3 – 5 kali ganda berbanding dengan cara penanaman secara konvensional. Permintaan petani dan usahawan untuk menggunakan sistem ini semakin meningkat, terutama untuk penanaman tanaman jangka masa singkat seperti terung (Solanum melongena). Penanaman terung secara fertigasi boleh dilakukan menggunakan sistem fertigasi secara terbuka  atau di bawah struktur pelindung hujan (SPH) tanpa jaring kalis serangga. Ini kerana penanaman terung di bawah SPH dengan jaring kalis serangga menghalang proses pendebungaan sekali gus mengurangkan hasil tanaman terung. Penanaman terung secara fertigasi telah terbukti memberi hasil yang tinggi pada kos yang efektif. Perusahaan penanaman terung secara fertigasi menunjukkan daya maju ekonomi yang memberangsangkan dan teknik ini mampu menjadi pilihan alternatif kepada usahawan tani. [click to continue…]