≡ Menu

Organic Plant Booster (OPB)

OPB adalah teknologi yang menggabungkan unsur seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan susu yang menghasilkan kumpulan mikroorganisma berfaedah, enzim dan hormon pertumbuhan semula jadi. Tidak dikategorikan sebagai baja kerana mempunyai jutrient yang rendah tapi lebih berfungsi sebagai PERANSANG dan MEMPERCEPATKAN PERTUMBUHAN, BUAH LEBAT & daya TAHAN PENYAKIT yang tinggi.

Bahan Bahan dan Fungsi

  1. Susu Kotak 5liter (Laktobasilus)
  2. Belacan 3kg (Fotosintetik Bakteria & Amino Asid)
  3. Gula Merah/Molasses 5kg (Tenaga Bakteria/ Sukrosa)
  4. Telur 10biji (Protein nutrien untuk mikrob)
  5. Nanas 5kg (Fruktos/ Sumber Asid Pembiakan)
  6. Kangkung 3kg (Hormon Ketahanan/ survival)
  7. Betik (Enzyme Pereputan)
  8. Labu 3kg. (Tidak diblend/ Potong nipis) (Pembiakan Yis)
  9. 50liter Air
  10. Ragi @ Yis 10bijik (Peransang Pertumbuhan)

A. Potong kesemua bahan-bahan menjadi kecil dan mudah untuk di blend kecuali ragi dan labu;

B. Gaulkan kesemua yang telah di blend kendalam tangki sekurangnya 100Liter;

C. Letakkan labu di atas permukaan yang siap digaul;

D. Hancurkan ragi menjadi halus dan taburkan di atas labu tanpa perlu digaulkan.

E. Tutup bekas simpanan dan peram sehingga terbentuk kulat putih di atas peraman. Kebiasaannya mengambil masa seminggu ke 10hari untuk boleh siap digunakan.

F. Tapis OPB sebelum guna.

Gunakan campuran 10ml ke 1 liter air bagi peringkat awal/bunga. 15ml ke 1 liter air bagi peringkat buah.

Kekerapan penyiraman adalah seminggu ke 2 minggu sekali siram terus ke pokok.

Selamat Mencuba.

kREDIT: @AfizaWorld