≡ Menu

Mikro Organisma Lokal (MOL); Cara Membuat & Menggunakannya

Mikro Organisma Lokal (MOL)

Salam semua sahabat. Kali ini saya mengepos cerita tentang Mikro Organisma Lokal (MOL). Mari sama-sama mentelaah. Pesan saya untuk semua, baca, baca dan baca dulu, baru bertanya. Cikgu kelas dewasa ini juga sudah tulis, edit, edit dan edit sebelum post.

MOL : CARA PEMBUATAN DAN PENGGUNAAN

Apakah itu MOL?

MOL ialah singkatan dari perkataan Mikro Organisma Lokal. Istilah ini berasal dari Indonesia. MOL pada dasarnya ada benda yang sama dengan FAA (Fish Amino Acid), FPJ (Fermented Plant Juice), FFJ (Femented Fruit Juice). Bagi saya, menggunakan istilah MOL lebih mudah, tak mengelirukan dan senang nak tulis dan sebut. Lidah tak tergeliat.

Mol adalah baja dan penggalak tanaman yg terhasil dari peraman bahan tertentu, contohnya sayuran, buahan, bawang, ikan, kekacang bersama gula merah. Setiap bahan yg digunakan untuk membuat mol mempunyai khasiatnya yg tersendiri. Mol yg baik; bila digandingkan semasa pembajaan, lengkap unsur NPKnya.

  • Mol ikan kaya dgn unsur Nitrogen ( N ) ; penting untuk pertumbuhan batang, cabang dan daun pokok. Mol ikan kaya dgn vitamin, mineral dan minyak semulajadi ikan. Lebih banyak zat dan khasiat dalam mol ikan berbanding minyak ikan yg kita beri pada anak anak. Tapi tolong jangan beri mol ikan pada anak anak.
  • Mol kangkung dan bawang adalah pembekal hormon pertumbuhan pada pokok.
  • Mol pisang membekalkan unsur kalium/pottassium (K) yg penting untuk menggalakkan pembungaan dan pembuahan.
  • Penggunaan baja tahi ayam/kambing/lembu/kuda melengkapkan keperluan NPK tanaman. Begitu juga penggunaan Calphos, baja tulang dsbnya.
  • Mol boleh tahan hingga bertahun. Namun begitu jika mencapai umur lebih dari 6 bulan dan jika mol sudah berbau ammonia, tambahkan sedikit gula merah.

Kenapa menggunakan Molasses Gula Merah?

  • Molasses Gula Merah berupaya ‘memerah keluar’ khasiat bahan yg diperam.
  • Molasses Gula Merah juga bertindak sebagai pengawet pati bahan yg diperam, jadi pati ini tahan lama.
  • Molasses Gula Merah juga adalah makanan kepada bakteria yg terdapat dalam bahan peraman.

Untuk mendapatkan nitrogen tambahan, bahan lain seperti tumbuhan kekacang, kacang soya, juga boleh dibuat mol. Najis haiwan juga adalah tinggi kandungan N. Mol ikan bertindak sbg pengurai bakteria dalam tanah. Amat penting semasa peringkat awal pertumbuhan anak pokok dan sayuran berdaun.

Bahan lain yang juga punyai hormon pertumbuhan yang tinggi ialah bawang merah, rebung, pangkal pisang, pucuk tumbuhan sekulen, aloe vera, daun ketapang dll.

Bahan lain yang kaya dgn unsur K termasuklah sukun, betik, mempelam, tomato, kentang, keledek, labu, kacang dal, bayam, daun kelor (remunggai), rumpai laut, air rendaman cocopeat dll.

Resepi yang saya berikan (bukan resepi saya) adalah resepi asas. Tuan puan boleh gunakan kreativiti dan imaginasi untuk menambah dan membuat sendiri mol-mol yang mungkin kita tidak pernah terfikir boleh dibuat.

Jika sudi silalah share post ini supaya tidak hilang dalam timbunan post. Nanti cari tak jumpa pula. Post ini mungkin saya edit semula jika perlu.

Sumber: Salina Shamsudin