≡ Menu

Jaring Timun Sistem Sokongan Pokok

Jaring Timun Sistem Sokongan Pokok

Sistem jaring timun ini boleh menyokong pokok, hanya dengan memegang bahagian atas atau pucuk pokok sahaja.

Sistem sokongan jaring ini sanagt jimat kos dan tidak perlu menggunakan tali kebun langsung. Hanya menggunakan jaring, dawai, cable tight, besi naco dan juga kayu sokongan.

Paling penting, sistem ini sangat  jimat masa dan tenaga. Ini kerana kerja-kerja mengikat tali kebun sudah tidak perlu dilakukan lagi. Hanya perlu melaraskan ketinggian jaring mengikut ketinggian pokok sahaja.

Kaedah ini menggunakan tiang besi naco, sedikit kayu, jaring timun dan dawai hijau. Sokongan kayu diperlukan pada bahagian depan dan belakang baris tanaman.

Ini bertujuan untuk mengukuhkan ketengangan jaring yang dibentangkan.

Kemudian, memandangkan sistem ini mampu menampung polibag berkembar, setiap 20 polibag perlu diletakkan besi naco. Ini dapat mengelakkan jaring ini mengecut ke tengah, kesan tarikan dari hujung ke hujung.

Kami di WNR Agro PLT ada membekalkan jaring timun. Berikut adalah size dan spesifikasi.

Size: 200 FT x 6/7 FT (36 mesh)