≡ Menu

Geran Agropreneur Muda 2019

Geran Agropreneur Muda 2019

Geran Agropreneur Muda 2019 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia untuk golongan belia bawah 40 tahun.

Pengenalan

Program ini khusus untuk golongan belia yang berumur diantara 18 hingga 40 tahun. Pendekatan program ini adalah bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan belia dalam bidang keusahawanan berasaskan aktiviti pertanian merangkumi semua aktiviti di dalam rangkaian nilai industri pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.

Skop Program

Program Agropreneur Muda dilaksanakan untuk golongan belia yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi aktiviti projek mengikut sub sektor seperti berikut :

  1. Tanaman.
  2. Ternakan.
  3. Perikanan.
  4. Industri Asas Tani.
  5. Agropelancongan.
  6. Pemasaran dan perkhidmatan sokongan industri.

Kategori Program

1. Projek Permulaan

  • Belum memulakan projek.
  • Telah menjalankan projek kurang dari tempoh setahun atau masih belum mencapai sasaran pengeluaran secara optimum.
  • Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi di bawah MOA.
BACA:  Fertigasi Terung: Teknologi Penanaman Terung Secara Fertigasi

2. Projek Pengembangan

  • Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi.
  • Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran.
  • Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi di bawah MOA.

Syarat Kelayakan

Syarat-syarat bagi melayakkan pemohon menyertai Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Golongan belia berumur di antara 18 hingga 40 tahun.
  • Tidak mengira latar belakang pendidikan.
  • Belia yang baru memulakan projek, WAJIB mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan atau diiktiraf oleh Jabatan/Agensi di bawah MOA yang berkaitan.
  • Keutamaan kepada belia yang mempunyai kemudahan tanah dan premis sedia ada.

Pemohon menggunakan borang UAM 01/14 (pin. 1/16) dan setiap pemohon layak mengemukakan satu (1) permohonan sahaja.

Jenis Bantuan

Bahagian 1 – Pengenalan

Jenis bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:-

1. Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif Program Pengembangan yang dilaksanakan oleh Jabatan/Agensi atau Syarikat Peneraju (dilantik MOA) berkaitan dengan projek yang dijalankan.

BACA:  Perbezaan Antara Weedmat & Silvershine

2. Sumbangan berbentuk barangan (In-kind contribution) mengikut jenis projek yang dicadangkan. Ini merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan supaya pelaksanaanya akan dapat memberikan impak yang lebih besar.

* HANYA LAYAK KEPADA PESERTA DI BAWAH KATEGORI PROJEK PERMULAAN

3. Pakej Khas Pembiayaan bagi pembesaran projek pertanian sediaada dengan had maksimum pembiayaan daripada agensi pembiaya seperti berikut :
Agrobank – RM 50,000 hingga RM 200,000 bagi setiap projek
TEKUN Nasional – sehingga RM 50,000 bagi setiap projek

* HANYA LAYAK KEPADA PESERTA DI BAWAH KATEGORI PROJEK PENGEMBANGAN

Mekanisma Pelaksanaan

Permohonan

Golongan belia yang layak perlu membuat permohonan di Pejabat Jabatan/Agensi Daerah di bawah MOA, MAFI (Negeri Sabah) dan MOARE (Negeri Sarawak) atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen berikut :

  1. Borang UAM 01/14 (pin. 1/16) beserta salinan kad pengenalan dan gambar berukuran pasport.
  2. Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap.
  3. Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Projek Pengembangan) atau
  4. Menyertakan sijil latihan/kursus berkaitan projek (bagi permohonan kategori Projek Permulaan).
BACA:  Simple Plant Booster Untuk Pokok Cili

CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN PROJEK PERMULAAN

Geran Agropreneur Muda Carta Alir Proses Permohonan Projek Permulaan Geran IKCCARTA ALIR PROSES PERMOHONAN PROJEK PENGEMBANGAN

Geran Agropreneur Muda Carta Alir Proses Permohonan Projek Pengembangan

Borang

Dokumen lengkap perlu dihantar ke jabatan/agensi MOA sebelum tarikh tutup permohonan mengikut fasa.

Tiga tarikh fasa permohonan dibuka iaitu Fasa 1 (1-31 Januari), Fasa 2 (1-31 Mei) dan Fasa 3 (1-30 September).

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi 03-88701234 atau e-mel ke uam.agropreneurmuda@gmail.com atau layari laman sesawang www.moa.gov.my.

KEMASKINI 17/04/2019  – Kenyataan Umum Program Agropreneur Muda 2019

 

BACAAN SETERUSNYA

Fertigasi Cili: Penanaman Cili Menggunakan Sistem ... Fertigasi Cili - Pengenalan Teknologi fertigasi merupakan teknik penanaman yang telah terbukti memberi kesan yang baik pada tanaman sayuran dan...
Fertigasi Lada Solok: Tanaman Lada Solok Secara Fe... Sifir Kepadatan & Kos Tanaman Lada Solok Secara Fertigasi Gantung Ramai sahabat mesej bertanyakan berapa polibag dan anggaran kos jika dia ...
Petua Pokok Cili Sihat dan Tahan Penyakit Petua Pokok Cili Sihat dan Tahan Penyakit - Pokok cili antara pokok yang sukar untuk ditanam. Bermula ketika proses semaian sehinggalah kepada men...
Fertigasi Kucai: Teknologi Penanaman Kucai Secara ... Fertigasi Kucai – Pengenalan Kucai atau Allium tuberosum merupakan sejenis tanaman yang tergolong dalam keluarga Alliaceae yang sesuai ditanam ...
Fertigasi Halia: Teknologi Penanaman Halia Secara ... FERTIGASI HALIA: PENGENALAN Halia (Zingiber officinale Roscoe) ialah tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan dan komersial yang tinggi dan meng...