≡ Menu

Fertigasi Rockmelon: Teknologi Penanaman Rockmelon Secara Fertigasi

FERTIGASI ROCKMELON: PENGENALAN

Aktiviti seterusnya yang saya serta rakan-rakan turut diajar dan di perkenalkan oleh pensyarah iaitu penanaman rock melon dengan menggunakan teknik hidroponik iaitu menggunakan sistem fertigasi. Fertigasi berasal dari perkataan inggeris iaitu fertigation iaitu hasil gabungan daripada dua perkataan fertitilization dan irrigation. Konsep sistem ini ialah menyalurkan baja dalam bentuk larutan terus ke zon pengakaran melalui system pengairan.

Fertigasi juga merupakan pemberian air dan baja kepada tanaman secara serentak. Media yang biasa digunakan ialah sabut kelapa dan sekam padi. Pokok mendapat nutrisi yang lengkap daripada air dan baja melalui pemberian secara berkala. Fertigasi juga boleh dijalankan di bawah Rumah Pelindung Hujan (RPH) untuk mengelakkan baja menjadi larutan cair.Sekiranya baja terlalu cair, kesan baja terhadap tanaman adalah tidak efektif. RPH juga boleh mengurangkan risiko penyakit terhadap tanaman.

Sistem Fertigasi Rockmelon yang kami gunakan ialah jenis ‘Autopot’ dan juga jenis biasa iaitu penggunaan ‘cocopeat’. Fertigasi Autopot bermaksud kaedah terkini, iaitu apabila baja lengkap dalam bentuk nutrient diagihkan ke dalam bentuk larutan nutrien diagihkan ke pot tanaman melalui sistem pengairan titisan. Perbezaan kaedah autopot dan kaedah biasa adalah keperluan paras air atau larutan nutrien dikawal oleh smart valve. Autopot ini dibuat daripada High Density Poliethelin (HDPE) dan jangka hayatnya tahan selama lebih kurang 5-10 tahun.

Tujuan utama sistem ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan baja. Pengagihan secara automatik menggunakan pengatur masa dengan kekerapan dan tempoh pemberian yang telah dikenalpasti dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh. Sistem Fertigasi Rockmelon direka bentuk mengikut keperluan amalan fisiologi dan agronomi tanaman khusus untuk sayur-sayuran jenis buah. Ia juga bertujuan ntuk penjimatan masa, kos dan meningkatkan kualiti sistem ini.

Sewaktu saya dan rakan-rakan berada di dalam RPH, pensyarah juga menerangkan sedikit maklumat berkaitan dengan sistem pengairan yang digunakan dalam Fertigasi Rockmelon. Selain itu terdapat juga perkara lain yang diterangkan seperti proses pendebungaan pokok rock melon.

FERTIGASI ROCKMELON: KAEDAH PENANAMAN SECARA FERTIGASI

a) Persediaan Awal

Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan sebelum penyemaian benih dilakukan. Antaranya dengan mengambil kira keperluan baja dan coco peat. Selain itu perlu menyediakan beg tanaman, tali raffia dan banyak lagi aspek yang perlu diambil kira. Kawasan penanaman fertigasi rockmelon juga hendaklah dibersihkan terlebih dahulu daripada sebarang sisa dan makhluk perosak. Selepas selesai kerja-kerja menyiap tapak, silvershine atau weedmat dibentangkan bagi mengelakkan tapak projek daripada ditumbuhi rumpai.

b) Penyemaian benih

Semasa berada di RPH, pensyarah telah memberi kami benih semaian yang telah ditanam di dalam dulang. Ini menunjukkan sebelum pembenihan, benih dirawat untuk memastikan rock melon membesar dengan sihat sebelum ditanam dengan menggunakan sistem Fertigasi Rockmelon. Biasanya anak benih yang ditanam di dalam dulang hanya mengambil masa 10hari hingga ke-2 minggu sahaja. Pastikan hanya menggunakan benih yang berkualiti sahaja.

c) Pemindahan Anak Benih (Transplant)

Seterusnya kami memindahkan anak benih yang berusia anatara 10-12 hari atau boleh dikenal pasti dengan melihat daun keempat sebesar ibu jari tangan. Anak benih mula di pindahkan dan di tanam di dalam bekas ‘autopot’. Anak pokok hendaklah dipegang dengan baik agar tidak tercabut akarnya. Bagi pemindahan anak pokok ke dalam polibeg. Satu lubang perlu digali pada ‘cocopeat’ pada tengah-tengah polibeg dengan ukuran 4cm lebar x 4cm panjang x 4cm tinggi. Anak pokok ditanam dengan semua bahagian Giffy 7 berada di dalam ‘cocopeat’. Rajah 5 Penanaman melon dalam polibeg.

Rajah di atas menunjukkan cara penanaman pokok rockmelon menggunakan kaedah Fertigasi Rockmelon yang telah saya lakukan.

d) Mengikat Pokok

Tujuan utama pokok diikat adalah untuk menyediakan sokongan kerana pokok rock melon adalah sejenis tumbuhan jenis menjalar dan tidak mempunyai batang yang tegak. Oleh itu, sistem sokongan menggunakan tali rafia di perlukan agar pokok dapat membesar dan tumbuh dengan elok dan menegak, mendapat cahaya dengan secukupnya dan batang tidak patah serta buah tergantung dan bersih. Pokok melon juga boleh diikat selepas dua minggu daripada tarikh anak pokok dipindahkan. Ini kerana pada usia ini, pokok melon sudah mula menjalar.

Oleh itu, tali rafia digunakan dengan diikat pada pangkal pokok melon. Kemudian pucuk yang keluar dan semakin memanjang boleh dililit di sekeliling tali rafia. Kerja melilitkan pucuk pokok mesti dilakukan bagi memastikan pokok-pokok tanaman terus tumbuh ke atas. Kerja-kerja melilit pokok biasanya dilakukan serentak dengan kerja-kerja membuang tunas air.

e) Pemangkasan

Pemangkasan hendaklah dilakukan dengan membuang tunas yang keluar pada batang utama. Tunas tersebut kebiasaannya dipanggil tunas air atau tunas ketiak. Tunas air akan mula keluar apabila pokok berusia 3minggu. Tujuan pemangkasan adalah untuk mengelakkan tunas air membesar. Proses ini akan memberi kesan kepada batang utama dan membantu pembesaran buah. Jika dibiarkan tunas membesar ia akan mencuri nutrien yang diperlukan oleh batang dan buah untuk menghasilkan kualiti yang sihat dan baik. Selain itu, daun-daun tua juga perlu dibuang supaya mengelakkan penyakit. Pembuangan daun-daun tua dilakukan setelah mengutip hasil. Proses pemangkasan boleh dilakukan dengan menggunakan pisau, gunting, pemotong dahan dan sebagainya. Tangan juga boleh digunakan dengan mengutil tunas yang baru keluar dengan berhati-hati agar tidak merosakkan pokok.

f) Pembajaan

Empat belas jenis unsur dalam bentuk sebatian (Nitrogen, Fosforus, Kalium, Kalsium, Sulfat, Magnesium, Mangan, Ferum (zat besi), Kuprum, Zink, Boron, Ammonium, Molibdenum dan Natrium) yang diperlukan sebagai asas bagi rnendapatkan satu formulasi baja yang lengkap untuk pertumbuhan pokok rock melon yang baik. (Unsur lain seperti Oksigen, Hidrogen dan Karbon diperoleh daripada udara). Unsurunsur dalam bentuk sebatian ini mestilah betul-betul larut dalam air agar mudah diagihkan ke setiap pokok dengan seragam. Baja boleh disediakan di dalam frekuensi yang berbeza setiap hari, beberapa kali setiap minggu, atau mingguan, bergantung kepada keperluan pengairan, jenis tanah, dan faktor-faktor lain. Biasanya, ia memerlukan 5 kali sehari. Jangan teragak-agak untuk mengairi jika pengairan diperlukan selain daripada semasa jadual biasa.

g) Pendebungaan

Pendebungaan ialah di mana bunga jantan kepada bunga betina dengan menggeselkan stamen ke atas stigma. Ini boleh meningkatkan hasil buah rock melon. Bunga betinanya berada pada tunas air dan kembung pada bahagian bawah kelopak bunga. Bunga jantan banyak terdapat pada batang utama. Bagi melakukan pendebungaan, pilih bunga jantan yang sihat kemudian buang semua kelopak bunga. Dekatkan bahagian bunga jantan tadi pada bunga betina dan geselkan bunga jantan pada stigma bunga betina. Pendebungaan mestilah dilakukan pada waktu pagi iaitu bermula pada pukul 10 pagi kerana bunga kembang sepenuhnya. Hasil pendebungaan hanya boleh dilihat selepas 48jam.

Rajah bunga jantan yang dibuang kelopak dan memasukkan gamet jantan ke dalam stigma betina

Lakaran Grafik Lokasi Bunga Jantan Dan Bunga Betina Pada Pokok Rockmelon.

Simbol:

h) Penuaian

Tanaman rock melon ini boleh dituai apabila daun pengasuh (flag leaf) telah kering dan diikuti dengan adanya tanda-tanda retak mengelilingi pangkal buah. Semua hasil boleh asingkan mengikut saiz untuk dijual di pasaran. Pastikan bahan pemotong untuk memetik buah yang digunakan tajam agar tangkai dipotong dengan elok dan tidak menurunkan kualiti hasil tuaian. Ini adalah masa terbaik tahun ini. Tuaian dilakukan manual untuk memastikan buah-buahan yang tidak rosak.

FERTIGASI ROCKMELON: PERALATAN

a) Tangki Nutrien

Ini adalah jantung Fertigasi Rockmelon. Ini adalah di mana baja disimpan, pengukuran EC dan pH dibuat. Saiz tangki akan bergantung kepada bilangan polibegs. Nutrien sama ada boleh mengairi bidang sama ada menggunakan pam atau oleh graviti.

b) Pam Air

Teknologi ini memerlukan pam untuk mengairi baja dari tangki nutrien sehingga ke polibeg.

c) Penapis

Sememangnya, sistem akan tersumbat dari masa ke masa jika bekalan air ke padang tidak bersih. Penapis diperlukan untuk mengelakkan dripper dari tersumbat itu akan menghalang aliran kepada tumbuhan. Keperluan penapis perlu diperiksa dan dibersihkan dengan kerap

d) Pengagihan Paip

Paip terutamanya terdiri daripada 3 unsur utama:

i. Garis utama – Garis utama saiz bergantung kepada saiz dan lokasi

ii. Garis Sub – Barisan sub terletak di sepanjang setiap baris polibeg. Ini adalah di mana garis dripper mikro akan dipasang untuk memastikan baja sampai ke lokasi

iii. Dripper – Ini adalah di mana kuantiti baja dikawal. Biasanya ia akan menitis pada kadar 2 liter / jam. Kecenderungan untuk menyumbat di hujung sangat tinggi jadi cek kerap dan pembersihan dripper yang di kehendaki.

iv. Polibeg Media – Polibeg dipenuhi dengan koko gambut. Ini akan menjadi medium di mana tumbuhan makan dengan baja. Sebuah media yang baik akan memegang kandungan kelembapan dan air pada 60%.

Gambar rajah sistem fertigasi rockmelon secara kecil-kecilan

Lakaran Grafik Kedudukan Pokok Rockmelon Di  Rumah Pelindungan Hujan (RPH)

Dengan cara penyusunan seperti ini dapat menjimatkan ruang dan boleh tanam pokok rockmelon dalam kuantiti yang banyak.

FERTIGASI ROCKMELON: SISTEM PENGAIRAN

Air dan baja diperoleh daripada tangki besar yang diperbuat daripada plastik (polytank), gentian kaca atau konkrit. Tangki yang diperbuat daripada logam dan besi adalah tidak dibenarkan kerana tangki tersebut akan bertidakbalas dengan kimia dan pengoksidaan. Kebiasaanya bagi setiap sistem Fertigasi Rockmelon akan mempunyai 2 tangki besar bagi menampung kesemua pokok-pokok tanaman Fertigasi Rockmelon. Sebanyak 2 liter air yang diperlukan bagi setiap tanaman pokok setiap hari. Paip ladang yang digunakan ialah paip ladang jenis polypipe dan PE Turbing kerana harganya yang berpatutan. Bagi pemasangan paip ini adalah mudah dan tidak mendantangkan kesan kepada larutan baja. Penitis pengairan yang digunakan dipanggil arrow dripper tetapi kini terdapat penitis cara baru ialah capalilary
system. Penggunaan sistem titisan ini sangat sensitif kerana titisan ini mudah tersumbat. Hal ini disebabkan lubang yang terdapat di alat penitis ini sangat kecil. Bagi mengatasi masalah titisan yang mudah tersumbat ialah maka perlu pasang alat penapis 120 mesh. Penapis ini pelu dipasang pada setiap plot tanaman bagi mengelakkan pinitis tersumbat. Penapis yang dipasang juga perlu dicuci secara berkala bagi menjaga kebersihan dan mengelakkan berlaku masalah tersumbat.

KESIMPULAN FERTIGASI ROCKMELON

Para pelajar mula mengetahui sistem Fertigasi Rockmelon yang sebenar dan kaedah yang betul bagi pengendalian sistem ini. Sistem Fertigasi Rockmelon sesuai untuk digunakan untuk tanaman pokok renek seperti pokok cili, pokok rockmelon dan sebagainya. Dengan menggunakan sistem fertigasi pokok yang ditanam akan sentiasa mengeluarkan produk sepanjang tahun dan boleh memberi keuntungan yang banyak kepada pengusaha yang mengamalkan sistem ini.