≡ Menu

Cara Semai Biji Durian Dengan Betul

Cara Semai Biji Durian

Buah durian merupakan salah satu tanaman yang boleh tumbuh dengan baik di kawasan yang beriklim tropika, kebanyakan jenis tanaman buah ini banyak terdapat negara Asia, akan tetapi melalui kemajuan teknologi kini tanaman durian ini mula tersebar di berbagai negara eropah. Buah durian ini mempunyai ciri bau yang khas tersendiri iaitu memiliki aroma bau yang kuat jika sudah masak (matang),serta mempunyai kulit keras dan berduri yang turut sama menjadikan namanya durian. Pokok durian biasanya berbuah satu kali saja pada setiap tahun,akan tetapi terdapat jenis buah durian tertentu yang boleh berbuah sebanyak 2 kali dalam setahun.

BACA:  Perbezaan Antara Weedmat & Silvershine

Durian merupakan sejenis buah-buahan tempatan yang paling digemari oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini. Ada yang berpendapat durian berasal dari kepulauan Borneo kerana ianya banyak didapati tumbuh liar di dalam hutannya dan telah ditanam di Semananjung Malaysia dan tersebar luas di Asia Tenggara. Umumnya durian terdapat di Gugusan Pulau-pulau Melayu. Nama saintifik bagi durian ialah Durio zibethinus. Spesis lain yang terdapat di Malaysia dari jenis Durio dan buahnya boleh dimakan adalah termasuk Durio oxyleyanus, Durio graveolens, Durio dulcis dan Durio kutenjensis.

Berikut adalah cara semai biji durian dengan betul supaya cepat keluar akar tunjang.

BACA:  Fertigasi: Cara Mudah Mengawal Rumpai

1. Rendam biji durian dalam air dan jemur di bawah matahari hingga kulit ia retak.

Rendam biji durian dalam air dan jemur di bawah matahari

2. Kupas kulit biji durian supaya akar tunjang cepat keluar. Kalau dibiar sendiri ia akan makan masa mungkin 2-3 hari .(Cuaca lembap lagi lama)

Kupas kulit biji durian

3. Asingkan biji durian yang sudah dikupas. Rendam dalam air bersih dan jemur bawah matahari.

Asingkan biji yang sudah kupas

4. Biji berlubang keluar lendir. Suhu dan kitaran angin main peranan penting. Terlalu lama dan banyak air rendam kat biji akibat suhu air tak tukar. (Perlu air suam)

Biji berlubang keluar lendir

5. Pilih biji durian yang nampak sihat untuk disemai.

BACA:  Ubi Keledek Cilembu vs Ubi Keledek Jepun
Pilih biji durian untuk disemai

6. Sediakan kotak polystyrene foam. Saiz ikut pilihan sendiri. Cukup muat biji durian yang hendak disemai.

Sediakan kotak polystyrene foam

7. Sedia pasir sedang dan tabur di dalam kotak polystyrene foam sehingga ketinggian 4 inci minimum. Seterusnya siram air supaya pasir lembap.

Pasir semai biji durian

8. Selesai sediakan pasir sedang bolehlah (baca doa) semai biji durian. Semai biji durian yang sudah rendam 4 hingga 6 hari (akar tunjang lebih kurang 1/2 inci panjang). (Nota: Kitaran angin dan suhu boleh menjadi biji keluar akar yang berbeza panjang).

Tamat sudah cara semai biji durian dengan betul. Selamat mencuba!

Sumber: MyKebun PlantsHamparan Seni
Gambar: Shutterstock

BACAAN SETERUSNYA

Cara Tanam Pokok Durian Musang King Gambar: Urban Catalogue Pengenalan Nama Biasa: Durian Nama Saintifik: Durio zibethinus Murr Keluarga: Bombaceae Asal: Durian adalah di...
Cara Tanam Pokok Durian Dari Kajian Universiti Put... Gambar: Utusan Online 1. PENDAHULUAN - CARA TANAM POKOK DURIAN Nama biasa: Durian Nama Saintifik: Durio zibethinus Murr Keluarga: Bombacac...
Cara Pemangkasan Pokok Durian Pemangkasan pokok durian dilakukan di peringkat awal pertumbuhan bagi mendapatkan bentuk pokok durian yang mempunyai batang utama yang tegak dan d...