≡ Menu

Cara Membuat EM (Effective Microorganism) / Lactobacillus Serum / Lacto Serum

EM (Effective Microorganism) / Lactobacillus Serum / Lacto Serum

Cara Membuat EM Effective Microorganism

Boleh digunakan untuk berbagai tujuan, antaranya sebagai baja (mikrob lactobacillus ini bertindakbalas dgn mikrob dalam tanah, menjadikan tanah lebih subur), menghilangkan bau najis haiwan, membersihkan saluran longkang dan sungai, boleh dicampurkan dalam makanan haiwan, dan juga sebagai pembersih udara.

Cara Membuat EM (Effective Microorganism)

  1. Basuh beras (dengan AIR TANPA KLORIN), ambil airnya. Simpan dlm bekas, tutup dengan kain, ikat supaya tak ada binatang masuk.
  2. Peram air beras ini 3 ke 5 hari. Peraman siap bila air berbau masam dan menghasilkan 3 lapisan. Lapisan atas sekali ialah karbohidrat + kulat. Lapisan tengah (yg ni kita nak ambil) penuh dgn bakteria dan asid laktik. Lapisan bawah ialah kanji, hasil peraman.
  3. Gunakan bekas baru yg lebih besar, masukkan air beras masam + dgn susu. (nisbahnya ialah 1 bhg air beras masam + 10 bhg susu. Susu apa pun tak pe. Paling baik ialah susu fresh. Kalau tak dapat susu fresh, gunalah susu cair/susu tepung dan sebagainya. Jangan menangis kalau tak dapat susu fresh tau.
  4. Tutup bekas dgn kain, ikat elok2 supaya haiwan tak masuk. Kalau masuk, nanti ada ulat, eeeee… geli.. Peram seminggu.
  5. Lepas seminggu, akan terbentuk 2 lapisan. Lapisan atas ialah susu kental, penuh dgn karbohidrat, protin dan lemak. Sape nak try rasa, boleh, sbb sy dah pernah rasa. Tak sedap mana pun. Bagi aje kat haiwan, pokok atau kompos. Lapisan bawah terdiri dari cairan warna kuning cair, kaya dgn bakteria. Cairan ini ialah lactobacillus serum, yg ni yg kita nak. Tapis untuk asingkan susu kental dgn lacto serum.
  6. Untuk simpan, campurkan lacto serum (lacto serum ialah EM) ini dgn molasses. (molasses ialah  gula merah yg dimasak dgn air, hingga cair). Nisbahnya ialah 1 bhg lacto serum + 1 bhg molasses. (kalau malas nak buat molasses, campur saja gula perang, nisbahnya 1 : 1 juga. Contohnya 1L lacto serum + 1kg gula perang). Saya simpan lacto serum (EM) dalam peti sejuk.Kalau taknak simpan dalam peti sejuk pun tak pe, takde masalah pun. Lacto serum (EM) yg kita dapat ini PERLU DICAIRKAN sebelum digunakan.

Nota Penting EM (Effective Microorganism)

  1. Air untuk basuhan beras MESTI bebas klorin. Air hujan, air paip yg disimpan lebih dari 24 jam, air sungai, air tasik, air telaga boleh guna. Air laut taboleyy ya. Air RO juga taboleyy.
  2. Bekas yg nak diguna juga perlu bebas klorin. Ertinya, bekas yg nak diguna perlu dibasuh dgn air bebas klorin juga. Sebabnya ? Klorin mematikan bakteria, sedangkan kita nak ternak bakteria, tuan-tuan dan puan-puan sekelian.
  3. Labelkan tarikh buat pada bekas, supaya tak lupa. Jangan pulak ada yang mesej saya tanya “Kak Salina, akak ingat tak saya peram air beras sy tu berapa haribulan? ” Kalau ada yg tanya saya macam tu, bukan takat sy hangin satu badan, siap windy satu Rawang tau..

EM Effective Microorganism 1

Basuh beras dengan air tanpa klorin. Simpan 3 ke 5 hari, tutup botol dgn kain nipis.

EM Effective Microorganism 2

Lepas 4 hari, terbentuk 3 lapisan. Kita ambil lapisan tgh saja.

EM Effective Microorganism 3

Air beras masam yg ditapis, campur dgn susu cair. Nisbah 1 : 10 (1 bhg air beras + 10 bhg susu)

EM Effective Microorganism 4

Air beras + susu, tutup bekas dgn kain, perlukan udara untuk proses peraman. Jangan pi minum pulak ya.. Peram seminggu.

EM Effective Microorganism 5

Lepas seminggu, terbentuk susu kental dan lacto serum.

EM Effective Microorganism 6

Ni lah rupa susu kental. Cantik ape..

EM Effective Microorganism 7

Tapis utk asingkan susu kental dgn lacto serum.

EM Effective Microorganism 8

Walaweyyy..sayalah EM/Lactobacillus Serum/Lacto Serum

Nak simpan, campur lacto serum dgn molasses atau gula perang. Nisbah 1 : 1.

Cara Penggunaan EM (Effective Microorganism)

  1. Untuk pembajaan : Cairkan 2 sudu besar EM kedlm 1L air. Boleh sembur terus pd tanaman dan tanah, atau campur dgn baja2 lain (mol, ohn, imo dan sebagainya)
  2. Untuk menghilangkan bau najis haiwan. Cairkan 2 sudubesar (sb) EM dgn 1L air. Campurkan dgn makanan/minuman haiwan, dan juga sembur pada najis haiwan.

Dengan nisbah 2 sb EM/1L air (ini panduan saja. Sy pakai cara mewah, selalunya lebih dari 2 sb EM/1L. Kalau cepat habis sy boleh buat lagi EM. Saya suka !!!) Kita boleh pakai EM utk berbagai jenis kegunaan. Antaranya, sembur atau siram pada kompos, masukkan kedalam akuarium, membuat bokashi bran, membuat kompos bokashi, membuat baja bokashi, membuat IMO5, membersihkan sungai/parit yg tercemar, malah baik juga untuk sistem percernaan manusia dan haiwan. Kalau tak percaya, boleh try..

Secara peribadi, saya menggunakan EM dalam hampir setiap pembuatan mol, ohn dan baja-baja saya. Kenapa saya kata ‘hampir setiap’ ? Sebabnya ialah sy selalu terlupa nak ingat. Kalau tak lupa, InsyaAllah sy ingat nak masukkan EM…..

SELAMAT MENCUBA

Sumber: Salina Shamsudin