≡ Menu

7 Penyakit Pokok Cili Yang Sentiasa Dihadapi Pengusaha Tempatan

Penyakit Pokok Cili

7 Penyakit Pokok Cili

Malaysia merupakan antara negara yang sangat tinggi menggunakan cili dalam pemakanan. Ini terbukti dengan data yang menunjukkan sayuran jenis cili ini berada dalam senarai pengimport sayuran tertinggi di Malaysia.

Seiring itu, Malaysia turut berusaha meningkatkan pengeluaran hasil cilinya bagi memenuhi permintaan pasaran. Namun, cabaran dari segi pengawalan penyakit pokok cili dan serangga masih menghantui sebilangan petani tempatan.

Berikut disertakan senarai 7 penyakit pokok cili yang kebiasaannya dihadapi oleh pengusaha cili tempatan.

1. Kerinting

Kerekot daun cili atau dipanggil juga sebagai kerinting daun merupakan satu jenis penyakit pokok cili yang menyerang tanaman Cili Besar (Capsicum annum) dan juga Cili Padi (Capsicum frustecens).

Masalah ini merupakan satu ancaman yang serius kepada industri penanaman cili secara komersil kerana ianya mampu merosakkan tanaman cili dan merugikan petani. Akibatnya bunga dan buah tidak terbentuk malahan akhirnya pokok akan tidak sihat dan tidak produktif.

BACA:  Simple Plant Booster Untuk Pokok Cili

Masalah Kerekot Daun juga dikenali sebagai Penyakit Mozek Virus pada tanaman cili adalah disebabkan oleh serangan Virus Mozek (Mozaic virus). Diantara virus mozek yang telah dikenalpasti seperti CMV, CVMV, TMV dan TWSV.

Kajian menunjukkan virus dan penyakit pokok cili ini menyerang seluruh bahagian pokok tetapi amat ketara simptomnya pada bahagian pucuk muda tanaman cili. Simptom-simptom serangan adalah apabila di dapati daun berkerekot dan ada berbintik-bintik dengan urat daun akan membengkak.

Lazimnya pertumbuhan pokok akan terbantut dan tidak banyak bunga cili dihasilkan pada pokok cili. Akibatnya pokok kurang berbuah dan kalau ada buah pun saiznya kecil sahaja dengan bentuknya berbagai-bagai rupa tidak seperti bentuk cili yang kita kehendaki.

Daripada rujukan dan pemerhatian, di dapati penyakit ini merebak melalui pelbagai cara. Ia bermula daripada perebakan melalui biji benih, cara menyediakan anak benih ditapak semaian dan paling serius disebarkan oleh serangga seperti Kutu Daun (Aphis spp) atau Kutu Thrips (Thrips spp).

BACA:  Cara Tanam Pokok Durian Musang King

Kutu daun menyerang semua bahagian daun, bunga dan buah dengan menghisap cairan mengakibatkan daun menjadi kerekot, bunga gugur dan buah terbantut. Serangga ini akan membawa bersama virus mozek daripada pokok yang terjejas kepada pokok-pokok lain yang sihat.

Walaupun kawalan terhadap Kutu Daun dan Kutu Thrips boleh dikawal dengan semburan racun kimia mahupun organik, tetapi virus tidak dapat dikawal. Populasi serangga pembawa virus ini dikawal dengan semburan racun chlorpyrifos, cypermethrin, deltamethrin, dimethoate selepas lebih 20% kadar serangan diladang.

2. Bintik Daun (Cercospora capsici)

Bintik-bintik kecil bulat perang pada daun. Amalkan tanaman giliran. Sembur dengan racun kulat seperti chlorothalonil, mancozeb. Rawat biji benih dengan racun kulat.

BACA:  Fertigasi Rockmelon: Teknologi Penanaman Rockmelon Secara Fertigasi

3. Hawar Pucuk (Choanephora Cucubitarum)

Pucuk menjadi layu dan berwarna hitam, terdapat spora-spora hitam pada pucuk. Rawat biji benih dengan racun kulat.

4. Reput Pangkal (Sclerotium Roolfsii)

Pangkal pokok dan akar menjadi hitam dan reput. Rawat biji benih dengan racun kulat.

5. Lecur Anak Benih (Phthium sppp. dan Rhizoctonia spp)

Pangkal anak benih kelihatan seakan-akan lecuhh. Anak benih layu, rebah dan mati.

6. Layu Bakteria (Ralstonia Solanacearum)

Daun berwarna kuning, layu dan akhirnya mati. Jika akar atau batang dipotong atau direndam dalam air akan mengeluarkan cecair jaluran putih. Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit dan amalkan tanaman giliran. Sistem saliran perlu diperbaiki.

7. Antraknos Buah

Sembur kawalan organik seperti Ekstrak Neem atau racun kulat seperti Mancozeb.

Sumber: Nota Laman Cili

BACAAN SETERUSNYA

Petua Pokok Cili Sihat dan Tahan Penyakit Petua Pokok Cili Sihat dan Tahan Penyakit - Pokok cili antara pokok yang sukar untuk ditanam. Bermula ketika proses semaian sehinggalah kepada men...
Fertigasi Cili: Penanaman Cili Menggunakan Sistem ... Fertigasi Cili - Pengenalan Teknologi fertigasi merupakan teknik penanaman yang telah terbukti memberi kesan yang baik pada tanaman sayuran dan...
Simple Plant Booster Untuk Pokok Cili Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Simple Plant Booster untuk pokok cili: Beras (guna beras murah, lagi bagus) - 3 cawan Ragi (tapa...